Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.da/] | تيدق

Definisi : tiada; bukan: Dia ~ datang bekerja hari ini kerana hari Ahad. Pejabatnya ~ jauh dr sini. ~ apa tidak menjadi hal; tidak mengapa. ~ boleh (dpt) ~ sudah tentu; mesti; pasti. ~ khabarkan diri tidak sedar (spt orang yg sedang tidur atau pengsan). ~ lain dan ~ bukan tidak lain drpd; hanya. tidak-tidak tidak dpt diterima akal; bukan-bukan atau karut; mustahil. menidakkan mengatakan tidak ada; mengatakan tidak mungkin atau tidak benar. ketidak…an perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. penidakan perbuatan atau hal menidakkan. setidak-tidaknya 1 paling sedikit atau paling kurang; sekurang-kurangnya. 2 bagaimanapun keadaannya atau halnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(750)
Peribahasa

Tegang tidak,
     kendur tidak.

Bermaksud :

Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.

 

Lihat selanjutnya...(839)

375

All men must die

Semua orang pasti mati.

Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat

I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal.

Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat. Hanya Tuhan sahaja yang daim.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(379)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bangsa tidak berbudaya tidak beridentitiTiadaUtusan Melayu30.08.1996
Tidak mungkin sasterawan sekarang tidak punya konsepKeris MasUtusan Malaysia29.10.1970
Penulis muda tidak wujud?: ETPM tidak menyelesaikan masalah merekaLadin NuawiMingguan Malaysia02.06.1996
Tidak ramai mahir membuat ragiMohamat YusufUtusan Borneo17.03.2008
Tidak sama, orang lainSuili Bakar ANSUtusan Borneo15.02.2009
Tidak mahu jadi anugerah suam-suam kukuZul Husni Abdul HamidBerita Harian31.03.2009
Tidak sempat lihat koperasi muzikTiadaUtusan Malaysia07.03.2009
Tidak Semua Bertemu MutiaraAbizaiMingguan Malaysia01.03.2009
Tidak Akan Pisang Berbuah Dua Kali [Bahagian pertama]Nurul Siti ShahiraUtusan Melayu21.01.2008
'Tidak tumpah biarpun berkocak': persatuan hiburan tanah air tetap teruskan...Rozdan MazalanBerita Harian28.12.2007
12345678910...

Kembali ke atas