Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia me­makai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihat­an; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melin­dungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisan­nya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), ham­pir tidak ada: harapan kita utk melahir­kan pe­nulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan ter­capai­nya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keun­tungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) ber­­kata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membang­kitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menye­babkan ~ lapisan ozon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tebal; nipis: Bajunya ~. kertas ~. 2 hampir tidak ada: Harapan orang sakit itu utk hidup sangat ~. ~ bibirnya a. pandai berkata-kata. b. lan­cang mulut; cerewet. ~ telinga lekas (hendak) marah atau lekas meradang. menipis menjadi tipis; makin berkurang (ttg harapan dsb). menipiskan 1 menjadikan tipis: Ia ~ papan dgn ketam. 2 ki mengecilkan atau mengurangkan harapan dsb: ~ harapan. ketipisan keadaan atau hal tipis. penipisan perbuatan, hal dsb menipis atau menipiskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipis (adjektif)
1. Bersinonim dengan pipih: nipis, leper,
Berantonim dengan tebal

2. Bersinonim dengan nipis: jarang, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan tebal

Kata Terbitan : ketipisan,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Harapan menang tipis: AzizTiadaBerita Harian26.10.1990
Soal kritikan tipis yang penuh kliseMohd. Affandi HassanBerita Harian10.11.1983
Semangat kebangsaan kian tipis dalam diri orang MelayuTiadaMingguan Islam15.09.1986
Budaya membawa semakin tipisWan Marzuki Wan RamliBerita Harian (Sastera dan Budaya)09.06.2001
Kenapa di dada kebanyakan pelajar2 kita tipis dengan semangatkebangsaanBaha ZainUtusan Zaman21.02.1960
Kasih sayang terhadap ibu bapa makin tipis kerana kepentingan wang -DewiTiadaUtusan Zaman24.04.1983

Kembali ke atas