[ti.tip] | تيتيڤ
Definisi : menitip, menitipkan 1. memberikan sesuatu utk disimpan (disampaikan kpd orang lain dll), mengamanahkan: surat itu tidak kami kirim dgn pos melainkan kami titipkan kpd seorang kenalan; dia ~ anaknya kpd jiran-nya semasa dia ke bandar; 2. menyerahkan (barang dagangan) supaya dijualkan; titipan sesuatu yg dititipkan (diamanahkan): wang ini ialah ~ ibuku kpd aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ti.tip] | تيتيڤ
Definisi : ; menitip memberikan sesuatu utk disimpan atau utk disampaikan kpd orang lain: Dia tidak menyampaikan barang itu sendiri, dia cuma ~. menitipkan memberikan (sesuatu) utk disimpan atau utk disampaikan kpd orang lain; mengamanahkan: Ibu ~ bungkusan itu kpd kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)