Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ton.jol] | تونجول

Definisi : bengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas men­colok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyo­rong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), men­jadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihat­kan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ton.jol] | تونجول

Definisi : bengkak atau benjol pd kulit, dahi dll. menonjol 1 menganjur ke luar; terkeluar sedikit. 2 jelas kelihatan. menonjolkan 1 menyorongkan ke luar atau ke muka. 2 mengeluarkan supaya kelihatan: Ia ~ kepalanya dr jendela kereta api itu. 3 mengemukakan supaya diketahui; memperlihatkan: Dia memang suka ~ kebaikannya. tonjolan apa-apa yg menonjol atau yg ditonjolkan. pe­nonjolan hal (per­buatan, proses dsb) menonjol atau menonjolkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonjol (kata nama)
Bersinonim dengan bengkak, benjol, jendul, bonggol, bongkol, bincul, ponok;,
Kata Terbitan : menonjol, menonjolkan, tertonjol,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tonjol kebudayaan menerusi filem: contohi sikap pengarah asingRoslan OsmanBerita Harian06.10.1990
Tonjol bakat guruLim Swee TinMingguan Watan16.03.1997
Tonjol muzik silat sebagai daya tarikanTiadaWatan02.05.1995
Tonjol muzik silat sebagai daya tarikanTiadaWatan02.05.1995
Tonjol bakat penulis remajaAdiputraMingguan Watan30.07.1995
Tonjol watak-watak utama yang boleh dikira bertentangan dengankebiasaan manusia warasSahlan Mohd. SamanUtusan Zaman18.03.1984
Tonjol bakat seni anak istimewaNorainon OthmanMetro Ahad20.06.2004
Buku tonjol wajah, budaya MalaysiaTiadaKosmo24.10.2007
'Pentas' tonjol tarian modenRohana ManKosmo20.04.2006
Pena tonjol nilai intelektualiti bahasa Melayu-Berita Harian02.08.2006
12345678

Kembali ke atas