[tu.gal] | توݢل
Definisi : batang kayu dll yg tajam hujungnya utk melubangi tanah utk ditanami (padi dll); padi ~ padi yg ditanam di tanah kering, padi huma; menugal membuat lubang dgn tugal di ladang dll (utk menanam padi, jagung, dll): setelah siap membakar kira-kira dua minggu mulailah ~; asal ditugal adalah benih prb sesuatu usaha itu tentu ada hasilnya; menugalkan menanamkan benih padi (jagung dll) dgn menggunakan tugal: demikian cara orang ~ bibit padi ladang; tugalan = padi ~ padi yg ditanam dgn cara menugal; tukai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.gal] | توݢل
Definisi : batang kayu dll yg tajam hujungnya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)