Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.but] | اومبوت

Definisi : pangkal pucuk batang pokok palma (kelapa, pinang, dll) yg lembut dan boleh di-makan: mencari ~ utk dimakan; cari ~ kena buku prb mencari yg baik, men-dapat yg buruk; mencari ~ dlm batu prb mem-buat pekerjaan yg sia-sia; mengumbut mencari (mengambil) umbut (drpd pohon kelapa, enau, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.but] | اومبوت

Definisi : ; mengumbut 1. menarik kembali (tali yg dihulurkan dll), membongkar (sauh): maka jurubatu pun ~ sauh langsung ber-dayung; 2. mencabut; ~ hati mengambil hati; ~ nyawa mencabut nyawa, membunuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.but] | اومبوت

Definisi : bahagian pangkal pucuk batang pokok palma (spt kelapa, enau) yg lembut dan boleh dimakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umbut

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mencari umbut dalam batu.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Umbut Mayang Mengurai selami dunia makhluk halusEllyna AliBerita Harian (Persada Seni)28.09.2001
Umbut Mayang Mengurai di DBKLSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)29.09.2001
Khalid jaya alih Umbut Mayang ke pentas modenMokhtar Haji AliasBerita Harian20.11.1985
ASPKL akan pentaskan Umbut Keladi Tidak BerisiZ. BBerita Harian05.01.1974
Aksep pentaskan karya Bidin Subari, 'Umbut Keladi Tidak Berisi'EsmantoBerita Harian04.04.1979

Kembali ke atas