Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ham] | وهم

Definisi : sangkaan atau alasan yg samar-samar (jauh drpd yakin), waswas: tiga kali saya mengangkat takbir barulah berasa betul bersih dan tidak ada syak dan ~; mewahamkan 1. menduga, menyangka-nyangka; 2. mencurigakan, meragu-ragukan, mengesyaki; kewahaman sesuatu yg diwahamkan (dicuri­gai): ilmu al-Yaqin itu tidak mengandungi sebarang keraguan, kesalahan, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ham] | وهم

Definisi : 1 sangka-sangka; sangkaan. 2 syak; curiga; waswas. mewahamkan 1 menduga; menyangka-nyangka. 2 mencurigai; mengesyaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waham (kata nama)
1. Bersinonim dengan dugaan: jangkaan, sangkaan, agakan, persangkaan, persangka,

2. Bersinonim dengan syak: curiga, wasangka, waswas, ragu-ragu, sangsi,

Kata Terbitan : mewahamkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
WahamAwang Roslan MusaBorneo Mail08.06.1997
Sindrom waham panel sayembaraAbd. Rahman HanafiahUtusan Malaysia26.03.1994

Kembali ke atas