Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.jib] | واجب

Definisi : Ar 1. hukum suruhan (dlm Islam) yg apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan berdosa, mis sembahyang lima waktu dan menunaikan zakat: ada lima rukun Islam yg ~ ditunaikan oleh tiap-tiap orang Islam; 2. tidak boleh tidak (diamalkan, dilakukan, dsb), mesti, perlu: orang tua ~ memberikan asuhan yg cukup kpd anak mereka; 3. sudah seharusnya (sepantasnya, sepatutnya): kita ~ mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd orang yg telah menolong kita; ~ belajar kemestian menuntut ilmu (belajar); ~ pajak Id orang yg wajib membayar cukai; sewajibnya semestinya, sewajarnya, seharus­nya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; berwajib bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; mewajibkan 1. menjadikan wajib (dilaku­kan, diamalkan, dll), menjadikan kemestian, memestikan, mengharuskan: Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut syarat dan undang yg diwajibkan ke atas seorang Islam? 2. menyerahkan tugas (kerja dll) kpd, memestikan sesuatu kpd: kerajaan ~ suntikan cacar; kewajiban, kewajipan 1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan: ia setia kpd suaminya, dan suaminya itu pun tidak melupakan ~nya; 2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah: kami datang ini kerana ~, bukan untuk mengugut; berkewajiban, berkewajipan mempunyai kewajiban (tanggungjawab), bertanggung­jawab: suamilah yg ~ mencari sara hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.jib] | واجب

Definisi : 1 mesti diamalkan (menurut agama Islam); tidak boleh tidak: Umat Islam ~ melakukan sembahyang lima waktu sehari semalam. 2 sudah sepatutnya; mesti; perlu: Sbg ibu bapa, kita ~ mengasuh anak kita. ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan haji dan jika tertinggal dikehendaki membayar dam atau denda. berwajib bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. mewajibkan 1 menjadikan wajib; memestikan: Islam ~ penganutnya menunaikan rukun Islam yg lima. 2 memestikan sesuatu kpd: Kerajaan ~ kita memiliki kad pengenalan. kewajipan 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. berkewajipan mempunyai kewajipan; bertanggungjawab: Ibu bapa ~ mendidik anak-anak. sewajibnya sepatutnya; semestinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,

Puisi
 

Encik Esah pergi Merlong,
     Sampai Merlong masak petola;
Orang susah wajib ditolong,
     Baru kita dapat pahala.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sawah luas tahan tua,
     rumah gedang tahan tonggak.

Bermaksud :

Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wajib kah kita tahu?DihsarludbaHarian Ekspres05.04.2009
Wajib dengar pandangan kongres-Utusan Malaysia06.05.2008
Wajib lalui ujian, temu duga untuk Program Ijazah PendidikanTiadaKosmo04.04.2007
Wajib adakan perpustakaan di kawasan perumahan-Utusan Malaysia04.12.1992
Wajib tayang dilonggarWartawan KitaUtusan Malaysia25.10.1993
Wajib tulis buku ilmiahSaodah EliasBerita Harian22.09.1987
Wajib MemilihHamizun SyahMingguan Tempo24.10.1993
Wajib lulus bahasa MelayuTiadaBerita Minggu06.05.1989
Wajib guna bahasa MelayuTiadaBerita Minggu23.08.1992
Wajib lulus Bahasa InggerisTiadaBerita Harian29.06.1990
12345678910...

Kembali ke atas