[yu.ran] | يورن
Definisi : wang yg dibayar tiap-tiap bulan atau pd waktu-waktu yg ditetapkan (kpd persatuan, kesatuan, sekolah, dll): ahli persatuannya banyak yg tidak membayar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[yu.ran] | يورن
Definisi : wang yg dibayarkan pd waktu tertentu kpd persatuan, sekolah dll: Setiap bulan ahli-ahli dikenakan ~ sebanyak dua ringgit. ~ bulanan yuran yg mesti dibayar pd tiap-tiap bulan. ~ masuk yuran yg dikenakan kerana memasuki sesuatu persatuan dll. ~ tahunan yuran yg dikenakan pd tiap-tiap tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)