Definisi : tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah; menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas:suaminya benar-benar ~nya; terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniayadan ~; kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatanyg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidakmanusia sendiri mengadakannya; penzaliman perbuatan menzalimi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)