Kamus Sains.indb Sains.indb 4 7/8/08 11:44:42 AM 5 absorber (penyerap) Medium yang boleh menyerap tenaga atau jirim. (FIZ) absorptiometric analysis (analisis absorpsiometrik) Kaedah dalam analisis kimia yang berdasarkan pengukuran puncak panjang gelombang penyerapan sinaran elektromagnet yang berbeza bagi unsur atau bahan yang tertentu. (KIM) absorption band (jalur penyerapan) Suatu kawasan dalam spektrum penyerapan suatu bahan yang keserapannya mencapai toraks serangga Diptera. (BIO) acrosyndesis (akrosindesis) Pemasangan telomer oleh kromosom homolog semasa meiosis. (BIO) acrylic fibre (gentian akrilik) Gentian buatan yang terdiri daripada rantai polimer sintetik, dengan sekurang- kurangnya 85% (berdasarkan berat) unit akrilonitril, -CH 2 CH(CN)-. Gentian akrilik digunakan untuk membuat gentian modakrilik, selimut dan permaidani. (KIM) acrylic resin (resin akrilik) Polimer organik termoplastik sintetik yang dihasilkan daripada pempolimeran
|