Kamus Sains.indb Keratan ini digunakan untuk menyambung satu molekul yang mempunyai hujung tumpul dengan molekul lain yang mempunyai hujung lekitan. (BIO) adaxial (adaksial) Berkaitan dengan permukaan atau sisi sesuatu struktur yang terletak hampir dengan sesuatu paksi utama, iaitu tempat terlekatnya struktur tersebut. Con- tohnya, permukaan atas daun yang terletak berhampiran dengan paksi batang sesuatu pokok. (BIO) ADC (ADC) Singkatan bagi analog-to-digital jadi vitamin B 12 yang utama. (KIM) adenotrophic viviparity (vivipariti adenotrofik) Fenomena pada sesetengah serangga apabila larva disembunyikan di dalam badan ibu selepas penetasan. Larva berkembang dengan memakan rembesan rahim, bersalin kulit dua kali, dan akhirnya dikeluarkan dalam keadaan matang untuk pempupaan. Fenomena ini hanya terdapat pada lalat Tsetse (Glossina) dan Pupipara (Diptera). (BIO) adenylate cyclase (adenilat siklase) Lihat adenylcyclase. (BIO
|