Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klon] | کلون

Definisi : 1. (Bio) sekumpulan sel atau organisma yg serba serupa dr segi genetik, yg terhasil drpd leluhur sepunya melalui pembiakan aseksual, mis secara cantuman; 2. produk yg dihasilkan menyerupai model asal dr segi fungsi, ciri dsb, biasanya berkualiti kurang baik; 3. telefon bimbit (selular) atau kad kredit pendua yg telah diberi identiti elektronik telefon bimbit atau kad kredit asal yg sedia ada secara tidak sah utk tujuan penyelewengan atau penipuan; mengklon membuat atau menghasilkan klon: tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit; ahli embriologi di universiti itu dikatakan telah berjaya ~ embrio manusia; jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan dan sayuran liar; pengklonan perihal (proses atau perbuatan) membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon bimbit semakin berleluasa; ~ haiwan ternakan spt bebiri boleh menghasilkan ternakan lebih bermutu; pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[klon] | کلون

Definisi : 1 ist organisma, pokok, haiwan dsb yg diperoleh atau dihasilkan secara pembiakan tanpa seks dr satu leluhur. 2 sesuatu atau seseorang yg rupanya benar-benar sama dgn sesuatu atau seseorang yg lain: Telefon yg digunakan itu bukan yg asli tetapi ~. 3 ist bkn komputer atau litar yg ditiru drpd reka bentuk asal: komputer ~. mengklon 1 menghasilkan organisma, pokok, haiwan dsb sbg klon: Jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan. 2 membuat atau menghasilkan sesuatu sbg klon: Tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit. pengklonan perihal, proses atau perbuatan menghasilkan klon: ~ haiwan ternakan; ~ telefon bimbit semakin berleluasa. pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klon


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
eksperimen untuk menghasilkan konfigurasi asal. (BIO) chromosome walk (berjalan atas kromosom) Kaedah pengklonan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaedah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki. (BIO) churada (churada) Hujan badai yang lebat di Kepulauan Mariana (Lautan Pasifik Barat) semasa chondroclast churada Kamus Sains.indb 206 7 atau sisihan yang wujud antara jam sistem dan isyarat yang seha- rusnya segerak. Jika gelinciran ini terlalu besar, sistem tidak lagi segerak dan akan mengalami kegagalan. (KOM) clonal analysis (analisis klon) Kajian autonomi sel dalam proses perkembangan dengan menggunakan mozek sel penanda yang dijana secara genetik atau dengan melakukan pembedahan. (BIO) cloned DNA (DNA klon) Keratan DNA yang bereplika secara pasif

Kembali ke atas