[me.ne.tap.kan] | منتڤکن
Definisi : 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ne.tap.kan] | منتڤکن
Definisi : 1 menentukan; memastikan: Mereka telah ~ hari utk membincangkan perkara tsb. 2 mengambil atau membuat keputusan ttg sesuatu perkara; memutuskan: Kami ~ hendak memberikan bantuan kpd kanak-kanak yg miskin saja. 3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)