Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
analytical reviewsemakan semula analitisAKAUN
area resettlementkawasan penempatan semulaEKO
aggregate stop loss reinsuranceinsurans semula kerugian tersukat agregatINS
aggregate excess of loss reinsuranceinsurans semula lebihan kerugian agregatINS

Kembali ke atas