apau | sejenis pisang yang biasanya dijadikan perencah gulai, masak lemak, dan sebagainya. | Kedah |
apam | sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis). | Kedah |
anoq | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Kedah |
anak tangga | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus. | Kedah |
anak kedak | sejenis ikan darat seperti ikan haruan dan bersirip merah. | Kedah |
anak karen | sejenis ikan pelaga yang cantik warna sisiknya. | Kedah |
akaq pinang | sejenis kering goreng bersira serbuk gula pasir halus. | Kedah |
akaq menyusup | sejenis bentuk gubahan pada kuih kering yang berbentuk “S” pautan dua akar bersilang. | Kedah |
akak | sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula, santan, telur dan minyak sapi yang dibakar dengan menggunakan acuan. | Kedah |
ajok | mengajuk bunyi binatang (burung, kijang, pelanduk, dan rusa) dengan menggunakan sejenis alat tiupan daripada buluh, dekut. | Kedah |