Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


MOE

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.moe.gov.my/index.php?id=13Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - PemberitahuanKuda Emas Off Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur Semua warga KPM dan orang ramai dijemput hadir. Kemasukan adalah PERCUMA. Penyelaras Sukan Equestrian KPM ( Cik Vimala Davy G.Ramiah) [Lagi] MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN PORTAL RASMI KPM, LAMAN WEB AGENSI DAN SEMUA APLIKASI ATAS TALIAN KPM 21st September 2011 Dimaklumkan bahawa Portal Rasmi KPM dan Laman Web Agensi serta semua Aplikasi Atas Talian Highlighter.aspx?DocId=108&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMOE&HitCount=1&hits=1cf+

Kembali ke atas