counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |
constitutional crisis | krisis perlembagaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang wujud ekoran daripada tindakan sesuatu pihak untuk meminda atau merombak bahagian tertentu dalam dokumen perlembagaan. Tindakan tersebut menimbulkan bantahan atau tentangan daripada kelompok lain yang kemudian membawa kepada krisis perlembagaan. Pindaan atau rombakan dokumen perlembagaan akan hanya menimbulkan krisis apabila tindakan tersebut melampaui batas yang diterima seperti mengehadkan bidang kehakiman, menghapuskan hak istimewa kelompok tertentu, mengurangkan peruntukan belanjawan pihak tertentu atau menaikkan cukai dalam sektor tertentu. Contohnya, Malaysia pemah mengalami krisis perlembagaan pada tahun 1983 apabila kuasa raja-raja dihadkan. |
business process re-engineering | perekayasaan semula proses perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Strategi perniagaan oleh pihak pengurusan atasan dengan menganalisis dan mereka bentuk semula proses operasi dan aliran kerja dalam organisasi. Pendekatan perekayasaan semula adalah dengan mengkaji secara menyeluruh dan merombak proses kerja dalam organisasi untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain. Tujuan utama strategi ini adalah untuk mengurangkan kos operasi dan memperoleh kelebihan dalam persaingan. Contohnya, tindakan sesebuah organisasi yang merombak secara keseluruhan proses kerja yang sebelumnya dilakukan secara manual, dan memperkenalkan kaedah kerja baharu menggunakan teknologi maklumat dan secara dalam talian. |
reverse engineering | kejuruteraan membalik | Ekonomi | Tiada | 1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula. |
metafiction | metafiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya fiksyen yang bertujuan untuk mengangkat karya sastera sebagai artifak yang mempersoalkan hubungan antara fiksyen dengan realiti. Karya metafiksyen ini disampaikan melalui teknik parodi atau merombak teknik naratif konvensional. |
turnaround strategy | strategi pemulihan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan drastik yang diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelamatkan organisasi daripada masalah yang dihadapi. Organisasi perlu membuat keputusan dan melakukan tindakan yang besar untuk memastikan perubahan segera dan memberikan impak ketara untuk bertahan dalam persaingan. Antara tindakan strategi pemulihan adalah dengan menukarkan ketua organisasi, merombak struktur organisasi, memindahkan lokasi operasi, dan membentuk visi dan misi baharu organisasi. |
coup d'etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat. |