Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (métafora) (Lin) pemakaian kata­kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perban­dingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /métafora/ pemakaian kata-kata utk menyatakan erti yg berbeza drpd yg sebenarnya (sbg kiasan atau sbg perbandingan saja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
metafora
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :peribahasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaKiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaMetafora: Bentuk kiasan yang mengandungi perbandingan yang tersirat sebagai pengganti kata untuk melukiskan kesamaan atau kesejajaran makna diantaranya.
metaphormetaforaKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang melahirkan sesuatu idea dalam maksud yang lain daripada maksudnya yang tersurat. Pendekatan sebegini mengaitkan makna, emosi, benda, masa dan tempat yang berkemungkinan tidak dapat dikaitkan secara jelas. Metafora boleh bermaksud sesuatu yang cuba disampaikan oleh arkitek melalui reka bentuk bangunan yang mengutamakan komposisi estetik bagi menguatkan keindahan atau semangat tapak. Contoh pendekatan metafora ialah bangunan berbentuk pucuk rebung yang diilhamkan oleh Hijaz Kasturi untuk bangunan Menara Telekom.
tropetropKesusasteraanTiadaIstilah umum untuk bahasa kiasan. Trop melencongkan makna perkataan daripada maknanya yang harfiah. Contohnya metafora, simile, ironi dan personifikasi yang biasa ditemui dalam puisi. Trop dalam bahawa Yunani bermaksud �belok�. Lihat juga ironi, metafora, simile.
imageryimejanKesusasteraanTiadaPenggunaan beberapa imej yang terhimpun dalam karya sastera. Contohnya, penggunaan simile dan metafora dalam penulisan puisi. Tujuannya untuk mewujudkan gambaran mental, rasa sesuatu benda, situasi, aksi atau keadaan. Imejan merupakan unsur penting dalam karya puisi, naratif, dan drama. Lihat juga metafora, simile.
metaphormetaforaKesusasteraanTiadaTiada
metaphormetaforaKesenianTiadaTiada
metaphormetaforaKesenianDrama dan Teater1. Pengungkapan dalam dialog yang dijadikan kiasan atau analogi untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang menjadi sifat atau sikap dalam kenyataan. 2. Hasil karya seni yang sifat penghasilannya memberikan tumpuan kepada penyampaian maksud bagi menjelaskan bentuk kiasan yang sebenar.
mixed metaphormetafora rancuKesusasteraanTiadaTiada
dead metaphormetafora usangKesusasteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas