Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 1975


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Industrial Coordination Act 1975Akta Penyelarasan Industri 1975EkonomiTiadaUndang-undang yang dilaksanakan bagi tujuan menyelaras perkembangan industri pembuatan negara sejajar dengan dasar pembangunan negara keseluruhannya, seperti dasar penyusunan semula masyarakat, dasar pemilikan ekuiti, dan dasar struktur guna tenaga. Industri yang tidak tertakluk kepada peraturan ini adalah yang bersaiz kecil dan beberapa industri berasaskan pertanian.
Industrial Coordination Act 1975Akta Penyelarasan Industri 1975EkonomiTiadaTiada
Helsinki ProcessProses HelsinkiSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala.
service taxcukai perkhidmatanPentadbiran PerniagaanTiadaCukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
structuralist poeticspuitika strukturalisKesusasteraanTiadaPerihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut.
Islamic Development Bank (IDB)Bank Pembangunan Islam (IDB)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Jeddah. Institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti penyertaan ekuiti, pinjaman tanpa faedah dan kemudahan pajakan serta menyokong kerjasama teknikal antara negara Islam. IDB juga menyediakan bantuan kepada negara anggota yang ditimpa bencana, memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan anggota, dan melaksanakan tugasan khusus tentang intraperdagangan, latihan, kesihatan dan celik huruf. IDB telah berjaya melaksanakan projek-projek seperti Portfolio Perbankan Islam, Tabung Pelaburan Saham Amanah, Tabung Infrastruktur, serta Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.
X-ray burst sources (X-ray bursters)punca letus sinar-X (peletus sinar-x)MatematikTiadaPunca kilat sinaran-X kosmos yang amat kuat yang dikesan pada tahun 1975 yang terletak di dalam galaksi kita, kebanyakannya dalam lingkungan 40 darjah dari pusat galaksi.
African, Caribbean and Pacific Group (ACP)Kumpulan Afrika, Carribean dan Pasifik (ACP)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan negara dari Afrika, Carribean dan Pasifik yang menganggotai Konvensyen Lome 1975 dengan Kesatuan Eropah. Kriteria negara ACP ialah negara yang kurang membangun, negara tanpa pantai dan negara kepulauan kecil. Penyertaan dalam ACP membolehkan hasil mentah dari negara ACP diperoleh dengan lebih mudah dan murah dalam pasaran Eropah, sementara barangan dari Eropah mendapat laluan ke dalam pasaran ACP. Negara ACP juga menikmati manfaat daripada dana khas yang ditubuhkan oleh Kesatuan Eropah bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian mereka. Kini, kumpulan ACP tertakluk kepada Perjanjian Cotonou 2000 yang menggantikan Konvensyen Lome.
Utopia PlanitiaUtopia PlanitiaMatematikTiadaDataran Marikh yang rata yang terletak di barat laut gunung berapi Elysium Planitia, dan telah dipilih sebagai tapak peredaran Viking 2 pada tahun 1975.
Al-Quds (Jerusalem) CommitteeJawatankuasa BaitulmuqaddisUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan hasil Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam Ke-6 pada Julai 1975. Jawatankuasa ini bertujuan mengkaji keadaan di Baitulmuqaddis dan meletakkan resolusi OIC atau resolusi pertubuhan antarabangsa lain yang selari dengan pendirian OIC mengenai konflik Baitulmuqaddis. Negara yang menganggotai jawatankuasa ini dipilih oleh Majlis Menteri-Menteri Luar bagi tempoh tiga tahun.
12

Kembali ke atas