percentile | persentil | Matematik | Tiada | Salah satu daripada 99 nilai yang membahagikan seset data kepada 100 bahagian yang sama. 99 nilai ini yang ditandai dengan P1, P2, ..., P99 memenuhi syarat bahawa 1% daripada data kurang daripada P1, 2% kurang daripada P2, ..., 99% kurang daripada P99. Bandingkan desil, kuartil. |
parent nuclide | nuklid induk | Fizik | Atom dan Nuklear | Nuklid radioaktif yang mengalami pereputan radioaktif dan membentuk nuklid anak. Contohnya, nuklid induk Mo-99 mereput kepada Tc-99. |
aluminium conductor | pengalir aluminium | Teknik | Elektrik | Pengalir elektrik yang mengandungi 99% aluminium tulen. Pengalir dari bahan ini tidak sesuai untuk dijadikan pengalir yang berukuran kurang daripada 10 mm persegi, kerana mudah patah dan kesan kakisannya tinggi. Oleh itu, pengalir ini biasanya tidak bertebat dan dijadikan pengalir talian atau pengalir haba yang baik untuk perkakas elektrik, seperti cerek dan tapak seterika. Pengalir aluminium mempunyai kealiran 62%, dan jika dibandingkan dengan kuprum, harganya dua kali ganda lebih murah dan 50% lebih ringan, tetapi oleh sebab rintangannya jauh lebih tinggi berbanding dengan kuprum, pengalir aluminium merupakan pengalir yang kurang baik. |
glacial acetic acid | asid asetik glasial | Kimia | Tiada | Asid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC. |
einsteinium | einsteinium | Kejuruteraan | Tiada | Unsur radioaktif bersimbol Es dan bernombor atom 99. |
glacial acetic acid | asid asetik glasial | Kimia | Tiada | Asid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC. |
blister copper | tembaga kerapu | Kimia | Tiada | Hasil perantara dalam pembuatan tembaga yang mengandung 98.5 - 99.5% tembaga. |
Geminga | Geminga | Matematik | Tiada | Punca sinar gama yang amat kuat di buruj Gemini. Lebih daripada 99% output kuasanya berada dalam julat spektrum sinar gama. |
absolute alcohol | alkohol mutlak | Herba | Pemiawaian | Cecair tidak berwarna yang boleh meruap, mengandungi sekurang-kurangnya 99.5% etanol per isi padu/berat (campuran minimum 0.5% air) dan berformula molekul CH3CH2OH. Cecair ini digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan herba untuk pemiawaian. Sinonim alkohol dehidrasi. |
proteinase | proteinase | Bioteknologi | Tiada | Enzim proteolisis terutama endopeptidase, iaitu EC sub-sub kumpulan 3.4.21-99. |