Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
member of State Legislative Assemblyahli Dewan Undangan NegeriUndang-undangTiadaTiada
state electionpilihan raya NegeriUndang-undangTiadaPemilihan umum yang diadakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri.
power sharingperkongsian kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik.
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
review of constituencykajian semula bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaProses mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya. 1. Pada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu-satu kajian semula dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya. 2. Apabila dibuat undang-undang untuk menerima masuk mana-mana Negeri ke dalam Persekutuan. 3. Apabila diubah bilangan ahli bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Kembali ke atas