Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
building extensionbangunan tambahanSosiologiTiadaStruktur tambahan di luar bangunan yang bersambung dengan bangunan asal.
aliformaliformKesenianSeni BinaBerkaitan dengan bentuk bangunan baharu atau bangunan tambahan yang menyerupai sayap. Contohnya, rekaan bangunan stesen TGV yang terletak di Lyon, Perancis yang menggunakan rekaan konsep metafora seekor burung. Bahagian hadapan bangunan ini runcing seperti bentuk paruh burung, manakala sisi-sisi bangunannya dibina menyerupai sayap burung.
surcharge walldinding tambahanKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding kepak yang dibebani oleh berat tambakan di bahagian atasnya untuk memberikan rintangan tambahan.
surcharge loadbeban tambakanKejuruteraanKejuruteraan BangunanBeban tambahan yang dikenakan pada anggota struktur, khususnya dalam pembinaan tembok penahan.
increased cost of construction insuranceinsurans kos binaan bertambahPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans harta yang memberi perlindungan terhadap perbelanjaan tambahan untuk membina semula bangunan yang rosak. Pembinaan semula itu dikehendaki oleh undang-undang dan memerlukan bahan-bahan, khidmat dan teknik yang lebih mahal.
after chargecaj selepasPentadbiran PerniagaanTiadaCaj tambahan kadar premium insurans kebakaran oleh sebab kekurangan yang ada pada sesebuah bangunan dan kekurangan ini boleh diperbaiki oleh pemilik. Contoh: bangunan tinggi yang tidak mempunyai sistem pemadam kebakaran.
buttresssagangKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian dinding struktur yang diunjurkan untuk memberi kekuatan tambahan selain daripada berfungsi sebagai penyokong.
fuel contribute ratingkadar sumbangan bahan apiKejuruteraanKejuruteraan BangunanUkuran kemampuan bahan binaan yang menyumbangkan tenaga haba tambahan.
non-load bearing wallstruktur bukan galas bebanKejuruteraanKejuruteraan BangunanStruktur yang dibina bukan untuk memikul beban tambahan seperti beban hidup atau beban kenaan. Contohnya ialah dinding bata, dinding blok dan sebagainya.
unoccupied buildings insuranceinsurans bangunan tidak didiamiPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans perniagaan yang dikeluarkan di bawah insurans kebakaran standard yang melarang kekosongan dan tidak didiami lebih daripada sesuatu masa yang ditetapkan. Kebenaran diberi kepada kekosongan yang tidak ada had dan yang tidak didiami biasanya diberi dalam bentuk yang digunakan di kawasan yang dikawal insurans tanpa sebarang bayaran premium tambahan. Dalam kawasan yang tidak dikawal kebenaran diberikan dengan mengenakan premium tambahan, apabila perlu.
12

Kembali ke atas