Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hijau
Rujuk :mentah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
luteinluteinKimiaBiokimiaSebatian yang berwarna kuning, larut di dalam pelarut organik, mempunyai struktur karatenoid dengan gelang pada kedua-dua hujungnya, dan merupakan pigmen xantofil yang paling biasa terdapat pada daun hijau, bunga, dan berbagai-bagai sumber haiwan.
moth flowerbunga kupu-kupuBiologiEkologiBunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam.
CalyxKaliksPertanianAgronomi

Gelangan luar bunga yang terdiri daripada sepal, biasanya berwarna hijau. Kaliks mengelilingi bahagian dalam bunga yang terdiri daripada petal, biasanya lebih besar dan beraneka warna. Sebelum bunga berkembang, kaliks menutupi seluruh bunga dan berfungsi sebagai pelindung petal dan bahagian lain.

periwinklekemunting cinaHerbaTiadaTanaman saka rendah, tegak dan malar hijau. Biasanya, bunga tumbuhan ini berwarna putih dan merah jambu. Nama saintifiknya Vinca rosea atau Catharanthus roseus. Sinonim tapak dara. Lihat juga vinkristina dan vinblastina.
Hibiscus rosa-sinensisbunga raya merahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya merah tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi, dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah pernafasan, sakit kulit, beguk, demam dan bisul. Daun, bunga dan akarnya bersifat antiseptik untuk merawat bisul, ulser dan jangkitan kulit. Akar dimakan sebagai penawar racun. Lendir daun dan bunga digunakan untuk melebatkan dan menyihatkan rambut. Bunganya juga boleh dibuat jus. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap.
Hibiscus rosa-sinensis var. albusbunga raya putihHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap.
qualitative characterciri kualitatifPertanianAgronomi

Sifat atau ciri yang ditentukan oleh gen tunggal, seperti warna bunga dan buah serta bentuk daun dan bunga. Fenotip yang akan terserlah biasanya dikawal oleh alel yang dominan bagi sesuatu sifat. Contohnya, dalam tanaman pea, warna kuning pada biji lebih dominan berbanding warna hijau. Sekiranya alel dominan warna kuning terdapat dalam baka, maka warna kuning akan terserlah. Untuk mendapatkan warna hijau, kedua-dua alel hijau perlu terdapat dalam baka. Banding ciri kuantitatif.

green house productionpengeluaran rumah hijauPertanianAgroteknologiPengeluaran hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan dari rumah kaca. Rumah kaca ini menggunakan teknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan sistem hidroponik, cahaya, suhu, pengairan dan kawalan komputer untuk meningkatkan pengeluaran secara maksimum. Pengeluaran sebegini jauh lebih tinggi berbanding pengeluaran secara terbuka atau konvensional kerana serangan penyakit dan serangga serta keadaan kelembapan boleh dikawal. Pengeluaran rumah hijau biasanya digunakan untuk penghasilan tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran seperti tomato, strawberi, salad dan cili. Di kawasan beriklim sejuk, pengeluaran rumah hijau membolehkan tanaman dilakukan semasa musim sejuk.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.
arbutusarbutusPentadbiran PerniagaanTiadaGenus tumbuhan renik yang sentiasa hijau daripada Eropah Selatan dan Amerika Utara yang mengandungi biji beri berwarna merah menyala dan bunga merah jambu.
123

Kembali ke atas