centroid | sentroid | Mekanik | Gunaan | Pusat geometri bagi lembaga. Gagasan sentroid adalah sama dengan gagasan pusat jisim dan pusat graviti dengan dimensi geometri jasad itu boleh dianggap sebagai terpumpun di sentroidnya dan prinsip momen dikenakan kepada dimensi unsur infinitesimal. Sentroid wujud untuk jasad satu dimensi, jasad dua dimensi dan jasad tiga dimensi dengan masing-masing dimensi geometri yang terlibat ialah panjang, luas dan isi padu. Ungkapan untuk koordinat sentroid C(xc,yc,zc) diberikan oleh hubungan, xc = (x dK)/K yc = (y dK)/K zc = (z dK)/K dengan K sebagai kuantiti geometri yang berpadanan, iaitu panjang L untuk kes 1-D, luas A untuk kes 2-D dan isi padu V untuk kes 3-D; (x,y,z) ialah koordinat bagi unsur dK. Bagi jasad yang mempunyai jisim tentu r yang seragam, sentroidnya sekena dengan pusat jisim jasad itu. lihat juga sentroid jasad rencam. |
Knudsen diffusion coefficient | pekali resapan Knudsen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pekali resapan yang diterbitkan daripada teori kinetik gas untuk menghasilkan ungkapan pekali resapan berkesan, yang diungkapkan sebagai dengan DK = pekali resapan Knudsen, q = pecahan tapak yang kosong, t = kelikuan, S = faktor bentuk, r = ketumpatan medium, T = suhu. |
flux of Knudsen diffusion | fluks resapan Knudsen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fluks resapan yang berdasarkan fluks molar relatif kepada paksi tetap bagi komponen A ke dalam bahan berongga yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 53) dengan NA = fluks molar komponen A, DK = pekali resapan Knudsen, C = kelikatan atau ketumpatan molar, P = tekanan separa, R = pemalar gas semesta, T = suhu, x = panjang laluan resapan. |