Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep deoxyribonucleic acid (juzuk utama yg membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yg ter­kan­dung di dlm nukleus sel organisma yg ber­kenaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata DNA


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
DNA-DNA hybridizationpenghibridan DNA-DNABiologiGenetikTeknik penghibridan DNA yang digunakan untuk menentukan darjah kesamaan antara jujukan DNA daripada spesies berbeza.
single stranded DNADNA bebenang tunggalSains ForensikTiadaMolekul DNA yang terhasil sebagai satu bebenang apabila molekul heliks berganda, berpisah. Dalam penjujukan DNA, DNA bebenang tunggal yang telah dilabel dengan pewarna dipisahkan mengikut saiz untuk mendapatkan turutan nukleotida yang hendak dikaji.
cross hybridizationpenghibridan silangBiologiGenetikPembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap.
satelite DNADNA satelitBioteknologiTiadaPecahan DNA yang terpisah daripada DNA pukal apabila DNA asli dipisahkan dengan menggunakan pengemparan cerun ketumpatan sesium klorida. Ketumpatan apungan berada dalam keadaan keseimbangan yang ditentukan oleh kandungan G+C DNA. Kandungan G+C yang tinggi akan memberi ketumpatan apungan yang lebih tinggi. Pecahan DNA mempunyai purata kandungan G+C 30% - 35% dan akan membentuk satelit sekiranya pecahan ini mempunyai nilai yang lebih rendah atau lebih tinggi.
DNA mutationmutasi DNABiologiGenetikMutasi pada E. coli yang mempengaruhi pereplikaan DNA. Mutasi pada gen DNA A, DNA B dan DNA C mengakibatkan kerosakan pada protein yang akan berinteraksi dengan tapak permulaan pereplikaan.
DNA fragmentationfragmentasi DNABioinformatikBioinformatik MolekulPemotongan jujukan DNA yang besar, biasanya DNA kromosom kepada potongan-potongan DNA yang lebih kecil. Fragmentasi DNA berlaku secara spontan di dalam sel atau dilakukan secara in vitro. Fragmentasi DNA digunakan untuk membina perpustakaan DNA bagi pengklonan jujukan DNA.
recombinant DNADNA rekombinanBioteknologiTiadaDNA yang terbentuk apabila DNA bebenang tunggal bergabung melalui pemasangan bes berkomplemen untuk membentuk DNA heliks ganda dua yang baru. Proses ini berlaku secara in vivo semasa pindah silang dalam meiosis dan mitosis dan antara kromatid semasa pembahagian sel normal (mitosis), pengkonjugatan dan transformasi pada bakteria. DNA rekombinan menjadi asas dalam manipulasi gen secara in vitro atau kejuruteraan genetik.
DNA replicationpereplikaan DNABiologiGenetikProses sintesis DNA dengan menggunakan DNA sebagai templat. replikasi DNA.
templat DNADNA templatSains ForensikTiadaDNA yang dimasukkan ke dalam campuran tindak balas PCR untuk diperbanyak. Mutu templat DNA yang digunakan akan mempengaruhi hasil amplifikasi. Dalam pengujian DNA forensik pada masa kini, hanya sedikit templat DNA diperlukan untuk menghasilkan profil DNA yang lengkap.
duplex DNADNA dupleksBiologiGenetikKawasan DNA yang tak berfungsi, yang wujud hanya untuk ketekalannya sahaja. Misalnya, DNA peruang dan sesetengah DNA ulangan.
12345678910...

Kembali ke atas