Fick�s first law � molar flux definition relative to molar average velocity | hukum Fick pertama � takrifan fluks molar relatif kepada halaju molar purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum Fick pertama yang menyatakan bahawa resapan molekul komponen A daripada suatu campuran dalam arah paksi z pada keadaan isoterma dan isobar dijelaskan dalam fluks resapan molar relatif kepada halaju resapan molar purata sebagai JA,Z = -DAB dCA/dz, dengan JA,Z = fluks molar dalam arah paksi z relative kepada halaju resapan molar purata, dCA/dz = kecerunan dalam arah paksi z, DAB = pekali resapan komponen A melalui komponen B. Bagi ketumpatan molar keseluruhan yang malar, persamaan ini diringkaskan sebagai JA,Z = -CDAB dyA/dz, dengan C = ketumpatan molar keseluruhan, yA = pecahan mol komponen A. |
Lagrangian density | ketumpatan Lagrange | Fizik | Mekanik | Selisih (?) antara ketumpatan tenaga kinetik (J), dan ketumpatan tenaga keupayaan (V) bagi sistem-sistem dinamik medan atau medium selanjar ? = J - V. Dikaitkan dengan fungsi Lagrange (L) menerusi persamaan, L = ? ? ? ? dx dy dz, Contoh ketumpatan Lagrange bagi getaran membujur suatu rod selanjar adalah: ? = (g = modulus Young, h = sesaran dari titik keseimbangan, m = jisim per unit panjang, t = masa) |
Fick�s first law � mass flux definition relative to mass average velocity | hukum Fick pertama � takrifan fluks jisim relatif kepada halaju jisim purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum Fick pertama yang menyatakan bahawa resapan molekul komponen A daripada satu campuran dalam arah paksi z pada keadaan isoterma dan isobar dijelaskan dalam fluks resapan jisim relatif kepada halaju resapan jisim purata sebagai jA,Z = rDAB dwA/dz, dengan jA,Z = fluks jisim A dalam arah paksi z relative kepada halaju jisim resapan purata, r = ketumpatan jisim keseluruhan, DAB = pekali resapan komponen A melalui komponen B, wA = pecahan jisim komponen A, z = jarak. Bagi ketumpatan jisim keseluruhan r yang malar, persamaan ini diringkaskan sebagai jA,Z = -DAB drA/dz. |