الشرط الفاسد | syarat fasid | Agama Islam | Fiqh | Syarat yang menyebabkan tidak sempurna sesuatu (Hanafi) akad. |
صيعة منجزة | lafaz tepat | Agama Islam | Fiqh | Lafaz yang berkuat kuasa dengan terlafaznya perkataan itu (istilah Hanafi). |
‘aqar | harta tak alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok. |
صيغة غير منجزة | lafaz bertangguh | Agama Islam | Fiqh | Lafaz yang tidak berkuat kuasa dengan keluarnya perkataan itu (istilah Hanafi). |
manqul | harta alih | Perniagaan Islam | Tiada | Harta yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain. Mengikut mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali, manqul ialah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain dengan bentuk atau strukturnya yang masih kekal. Contohnya, binatang ternakan, kenderaan dan bangunan. |
عصبة | ‘asabat̠ | Agama Islam | Fiqh | 1. Waris yang mendapat harta pusaka si mati yang tidak ditentukan kadar banyaknya. Contohnya, anak lelaki. 2. Wali (Hanafi). |
bai‘ tasriyyah | jual beli tasriah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad menjual ternakan yang susunya tidak diperah selama beberapa hari. Sekiranya pembeli mengetahui hal tersebut, maka jumhur fuqaha, kecuali Mazhab Hanafi, memberikan hak khiyar kepada pembeli. |
‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |
mal | harta | Perniagaan Islam | Tiada | Produk barangan, faedah dan perkhidmatan atau hak dan pemilikan yang mempunyai nilai. Harta merupakan kepentingan manusia, boleh dimiliki, serta diuruskan secara bebas. Dalam mazhab Hanafi, mal ialah suatu yang disukai atau diingini oleh manusia dan boleh disimpan untuk keperluan. Terdapat pelbagai jenis harta seperti mal mutaqawwam, mal ghayr mutaqawwam, mal mithli, mal qimi, mal ‘aqar, mal manqul, mal isti‘mali, mal istihlaki, mal ‘ain dan mal dayn. |
khiyar rukyah | khiyar rukyah | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut. |