mangosteen (Garcinia mangostana) | manggis (Garcinia mangostana) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Buah tropika berbentuk bulat, berkulit tebal dan berwarna hitam keunguan apabila masak, isinya putih dan manis. |
Acanthus ebracteatus | Jeruju hitam | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunga berwarna putih dan biru di tengah. Buah jenis kapsul mengandungi empat biji. Tumbuhan ini jenis herba. Air rebusan akar digunakan untuk merawat demam panas yang kronik dan bersama batang digunakan juga untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan biji diminum atau biji yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Biji yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daun digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, wanita selepas bersalin, tonik rambut. Air rebusan daun diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |
Acanthus ebracteatus | jeruju hitam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunganya berwarna putih dan biru di tengah. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi empat biji. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam panas yang kronik, dan air rebusan akar dan batangnya juga digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan bijinya diminum atau bijinya yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, merawat bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Bijinya yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daunnya digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, rawatan ibu selepas bersalin dan tonik rambut. Air rebusan daunnya diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan ini boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |
spices | rempah ratus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan yang digunakan sebagai perasa masakan sama ada dalam bentuk segar atau kering. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah daun, buah, biji, bunga, rizom, kulit batang, batang dan akar. Tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasa yang tersendiri yang boleh menambah rasa sedap dalam masakan. Perasa masakan ini biasanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, serai, daun kesum, ketumbar, lada hitam, kunyit, halia, lengkuas, kayu manis dan jintan manis. |
Microcos tomentosa | Cenderai | Pertanian | Tiada | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
Microcos tomentosa | cenderai | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |