po-te-hi | po-te-hi | Muzik | Tiada | Teater patung sarung tangan Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Hokkien untuk meraikan hari kelahiran dewa-dewi di kuil Cina di Malaysia dan di Indonesia. Patung tiga dimensi po-te-hi dimainkan oleh dua orang dalang yang memakai sarung patung, menyanyi dan berdialog. Cerita teater ini berkisar tentang kehidupan dan jasa raja serta golongan bangsawan, peperangan antara wilayah dan jeneral serta kasih sayang antara pegawai dengan gadis cantik. Teater ini diiringi ensem |
Chinese opera | opera Cina | Muzik | Tiada | Teater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kantonis di Malaysia terdiri daripada yiahu, yu |