partita | partita | Muzik | Tiada | 1. Variasi yang berasaskan melodi popular dan melodi lain pada abad ke-16 dan abad ke-17. Partita juga merupakan tajuk koral partita untuk organ oleh J.S. Bach (1685-1750). 2. Enam buah suite untuk alat hapsikord BWV 825-830 (1731) oleh J.S.Bach. |
ricercare | ricercare | Muzik | Tiada | Muzik instrumental terutamanya bagi alat organ pada abad ke-16 dan abad ke-17. Ricercare bertekstur polifoni dalam gaya contrapunctus imitasi dan merupakan sejenis karya latihan yang menekankan sesuatu teknik persembahan atau kaedah gubahan. Terdapat dua jenis ricercare, iaitu ricercare prelad/ricercare rhapsodi dan ricercare imitasi. Ricercare prelud berperanan sebagai karya pengenalan kepada sesuatu karya utama seperti motetus. Manakala ricercare imitasi pula, merupakan leluhur kepada juga Zaman Barok. Contohnya, Ricercar dapo il Credo oleh Frescobaldi (1583-1643) dan a ricercar a 6, a ricercar a 3 dalam Das Musikalische Opfer, BWV 1079 oleh J.S. Bach (1685-1750). Sinonim ricercar, ricercata. |
passion music | muzik passion | Muzik | Tiada | Genre karya dramatik yang bertemakan keagamaan dan popular pada abad ke-16 hingga abad ke-18. Muzik passion bertujuan untuk menyampaikan kisah Nabi Isa seperti yang diceritakan oleh Santo Mathew, Santo Mark, Santo Luke dan Santo John. Muzik passion melibatkan seorang pencerita dan dari segi muzik pula mengandungi aria, resitatif, koral dan korus. Contohnya, St. Matthew Passion, BWV 244 (1727) oleh J.S. Bach. |
missa pro defunctis | missa requiem | Muzik | Tiada | Missa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten. |