forest road | jalan hutan | Perhutanan | Tiada | Jalan-jalan yang terletak di dalam hutan simpan kekal tetapi tidak termasuk jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan atau jalan Negeri. |
forest road | jalan hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Jalan-jalan yang terletak di dalam hutan simpan kekal tetapi tidak termasuk jalan yang diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan atau jalan Negeri. |
industrial estate | estet industri | Ekonomi | Tiada | Kawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri. |
boulevard | boulevard | Kesenian | Seni Bina | Laluan atau jalan raya utama yang dibina dengan ciri-ciri khusus seperti lurus, lebar dan panjang sebagai penghubung dengan mercu tanda utama. Laluan tersebut merentasi pusat bandar dan biasanya dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan laluan pejalan kaki. Laluan tersebut juga sering digunakan untuk acara tertentu seperti perarakan dan perbarisan sama ada di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan. Sinonim lebuh hias. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |