avodire | avodire | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras berwarna kuning terang yang terdapat di Ivory Coast, Gold Coast di negara Liberia, Afrika Barat. Iranya yang jelas kelihatan menjadikan kayu ini sesuai untuk menghasilkan perabot kayu tropika, dinding panel atau untuk kegunaan kerja-kerja penyambungan yang halus. Kayu ini juga dikenali sebagai kayu mahogani perang, sangat bernilai dan cantik. Kayu ini mudah direka bentuk, sama ada menggunakan peralatan tangan atau mesin. |
Asian-African Conference | Persidangan Asia Afrika | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Nega |
United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO)) | Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa- Bangsa Bersatu | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945, menjadi agensi PBB pada tahun 1946 dan beribu pejabat di Paris. Pertubuhan ini mempunyai 190 negara anggota. Polisi pertubuhan ini diputuskan oleh persidangan umum yang diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh perwakilan dari setiap negara anggota. Objektif pertubuhan adalah untuk mengekalkan keamanan dengan menggalakkan pertukaran idea dan perkongsian dalam sains dan budaya untuk memperbaik bidang pendidikan. Sejak tahun 1950, pertubuhan ini telah menguruskan pelbagai projek untuk pendidikan rendah di Amerika Latin, Asia dan Afrika, menggalakkan pertukaran budaya antara Timur dengan Barat dan menjalankan usaha menterjemah penulisan penting. Antara program jangka panjang yang penting adalah menyediakan pelajaran asas, iaitu mengajar membaca dan menulis. Pusat untuk melatih pengajar ini ditubuhkan di negara seperti Kemboja, India, Korea Selatan, Liberia, Thailand dan Turki. Pada tahun 1959, pertubuhan ini juga menubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk memb |