co-oxidation | ko-oksidasi | Bioteknologi | Tiada | Proses yang dijalankan oleh mikroorganisma apabila sesuatu bahan diubah kepada bahan lain tanpa penggunaan bahan tersebut sebagai sumber karbon bagi pertumbuhan mikroorganisma berkenaan. Dalam hal ini, mikroorganisma hanya bertindak sebagai pemangkin bagi proses biotransformasi. |
oxidation pond | kolam oksidasi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Tapak pengumpulan/pemprosesan air buangan. |
archaeomagnetism | arkeomagnetisme | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses pentarikhan artifak daripada unsur tanah liat yang tidak pernah dipindahkan semenjak pembakarannya yang terakhir. Proses ini melibatkan oksidasi magnetik pada zat besi yang terkandung di dalamnya semasa artifak dipanaskan pada tahap suhu tertentu sehingga menyebabkan elemen magnetisme hilang. Apabila pendinginan berlaku, maka proses oksidasi akan berulang kembali. Asas pengiraan pentarikhan melalui kaedah ini mengambil kira tiga unsur medan magnet iaitu deklinasi, arah medan magnet dan keamatannya terhadap sisa magnetisme yang tinggal. |
autooxidation | autooksidasi/pengoksidaan | Sains Kesihatan | Tiada | Proses oksidasi yang berlaku pada bahan kimia akibat pendedahan kepada udara. |
metabolism phase 1 reaction | tindak balas metabolisme fasa 1 | Perubatan | Tiada | Metabolisme ubat yang menyebabkan berlakunya biotransformasi molekul ubat tersebut melalui proses oksidasi, reduksi atau hidrolisis yang biasanya berlaku dalam hepar. Biotransformasi ini menghasilkan metabolit yang kurang atau tidak aktif dan kadang-kadang ia dapat menghasilkan metabolit yang lebih aktif. |
peroxide value | nilai peroksida | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Angka yang menunjukkan darjah ketengikan minyak dan lemak. Peroksida merupakan produk yang terhasil apabila minyak atau lemak melalui proses oksidasi primer. |
crackle glaze | glasier retak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Seramik berglasier yang mempunyai kesan retakan pada permukaannya. Seramik jenis ini dihasilkan secara sengaja semasa proses menyapu glasier. Cara pembuatannya dengan menggosok glasier, iaitu oksidasi besi pada permukaan seramik dan dibakar. Kemudian seramik disapu dengan lapisan glasier yang lebih nipis buat kali kedua dan dibakar semula. |
Browning | Pemerangan | Pertanian | Agronomi | Proses pengubahan warna buah-buahan atau sayur-sayuran dari hijau ke perang. Terdapat jenis pemerangan yang menjejaskan kualiti seperti buah epal yang menjadi perang beberapa ketika setelah dipotong. Pemerangan ini disebabkan oleh aktiviti enzim oksidasi yang menghasilkan melanin dan menyebabkan warna menjadi perang. Pemerangan menjadi satu proses berfaedah untuk daun teh yang telah diproses kerana dapat meningkatkan perisa. Pemerangan juga berguna untuk buah-buahan yang dikeringkan seperti anggur yang menjadi kismis. Selain itu, pemerangan juga disebabkan oleh gangguan atau penyakit pada kulit pokok atau buah-buahan. |
biotransformation | biotransformasi | Perubatan | Farmakologi | Proses perubahan struktur kimia bahan eksogenus seperti ubat yang dilakukan oleh sistem biologi badan. Proses ini boleh menghasilkan metabolit yang aktif atau sebaliknya bergantung kepada jenis bahan tersebut. Antara tindak balas kimia yang terlibat dalam biotransformasi ialah oksidasi, penurunan, hidrolisis, asetilasi dan metilasi. Biotransformasi penting untuk memastikan ubat yang diambil tidak kekal atau terkumpul di dalam badan. Hampir semua organ terlibat dalam biotransformasi dan hepar merupakan organ yang paling utama. |
firing method | kaedah pembakaran | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses pembakaran tembikar tanah yang terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, pembakaran terbuka, iaitu tembikar akan diletakkan di atas permukaan tanah dan ditutup dengan daun atau sekam kemudian dibakar sehingga sampai ke tahap oksidasi atau oksida. Pembakaran kategori biasanya akan menghasilkan tembikar kasar. Kedua, iaitu pembakaran separuh terbuka. Tembikar diletakkan secara bertingkat dan mempunyai dinding, sementara bahagian atasnya terbuka. Bahagian atas ditutup dengan daun atau sekam dan di dindingnya terdapat lubang untuk kayu pembakaran. Ketiga, iaitu pembakaran secara tertutup. Pembakaran ini melibatkan tembikar yang disusun di dalam tanur secara tertutup manakala udara dialirkan melalui corong. |