Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh
cessionpenyerahan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganProses mengembalikan sesuatu wilayah kepada masyarakat atau negara yang berhak ke atasnya yang selama ini dikuasai oleh pihak asing. Proses ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara utama. Pertama, melalui proses tuntutan atau desakan yang dibuat oleh masyarakat atau negara tersebut ke atas pihak asing yang telah lama menguasai wilayah tersebut. Tuntutan atau desakan tersebut kebiasaannya dilakukan melalui gerakan yang bersifat nasionalisme, cintakan negara atau melalui slogan berkerajaan sendiri. Melalui tuntutan dan desakan yang kuat akhirnya pihak asing akan akur dan menyerahkan wilayah tersebut seperti penyerahan Fiji oleh kerajaan British. Kedua, penyerahan wilayah yang terhasil ekoran daripada tamat tempoh penguasaan pihak asing ke atas wilayah itu. Penyerahan ini dibuat sebagai memenuhi perjanjian yang telah dibuat antara pihak asing dengan negara yang berhak ke atas wilayah tersebut seperti penyerahan Hong Kong kepada China oleh British. Ketiga, melalui pungutan suara atau referendum yang diadakan deng
International Law Commission (ILC)Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSuruhanjaya yang dianggotai oleh pakar undang-undang antarabangsa yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengkodifikasikan undangundang adat antarabangsa dan menggalakkan perkembangan mula melakukan tugas-tugasnya berhubung pembangunan undang-undang antarabangsa pada tahun 1949. Melalui aktiviti suruhanjaya ini, banyak draf perjanjian pelbagai pihak disediakan untuk dipersetujui oleh negara perunding. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya ini telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa buah konvensyen. Antaranya ialah Konvensyen Undangundang Laut PBB 1982 yang berkuat kuasa pada tahun 1994, Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik (1961) dan Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Triti (1969).

Kembali ke atas