Penang Port Commission | Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
lay | puisi dendang | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan untuk dinyanyikan dengan tujuan menghiburkan khalayak. Antara contoh puisi yang dilagukan ialah puisi "Sepanjang Jalan" karya Zurinah Hassan. Sepanjang jalan ke Pulau Pinang laut mengimbau sayu ombak-ombak ini hatiku berhasrat tiada tepi pecah di pantai berbuih cuma . Sepanjang jalan ke Pulau Pinang hujan memberi Iagu angin menampar ke tiap ruang rasa berhiba-hiba awan pilu. |
boria | boria | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan teater rakyat di Pulau Pinang yang menggunakan dua segmen persembahan. Segmen pertama bermula dengan sketsa komik, sekitar 10 hingga 15 minit berkenaan dengan isu semasa. Segmen kedua pula diikuti dengan lagu tari yang ditarikan oleh 10 hingga 12 penari di bawah pimpinan seorang tekong sebagai ketua. Dalam persembahan boria, elemen pengikat antara sketsa komik dan lagu tari ialah tema yang sama. |
battered wall | tembok berpenyendeng | Landskap | Tiada | Dinding konkrit yang mempunyai struktur penyokong seperti Tembok Fort Convallis di Pulau Pinang. |
city pair | pasangan bandar | Pelancongan | Tiada | Bandar berkembar yang dibentuk hasil persetujuan antara dua kerajaan tempatan. Contohnya, Pulau Pinang, Malaysia dengan Adelaide, Australia. |
dondang sayang | dondang sayang | Muzik | Tiada | Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih. |
funicular railway | kereta api funikular | Pelancongan | Tiada | Perkhidmatan kereta api yang menghubungkan antara kaki bukit dengan puncak bukit, seperti di Bukit Bendera, Pulau Pinang. |
open site | tapak terdedah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak yang terletak di kawasan terbuka dan bukan ditapak pelindung batuan atau gua batu kapur. Contohnya, tinggalan timbunan cangkerang di Guar Kepah, Kepala Batas (Pulau Pinang). Sinonim tapak terbuka. |
object-centered | berpaksi objek | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan sifat-sifat yang ada pada sesuatu objek yang diambil sebagai rujukan untuk dijadikan inspirasi dalam proses reka bentuk bangunan atau struktur. Contohnya, bangunan KLCC yang direka berasaskan bentuk kon, bangunan Komtar Pulau Pinang yang berbentuk silinder dan bangunan Parlimen yang berbentuk kuboid. |
menora | menora | Muzik | Tiada | Teater rakyat yang berasal dari selatan Thailand. Menora mengutamakan tarian, lakonan, improvisasi, nyanyian serta muzik instrumental dan dimainkan dalam upacara ritual di kuil Thai di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Di Pulau Pinang dan Kedah, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik klong (geduk), tab (gedumbak), mong (gong kecil), ching (simbal kecil), pi (alat aerofon berpelidah), krek (sepasang kayu) dan saw u (alat dua tali). Sementara di Kelantan, menora diiringi ensembel yang terdiri daripada alat muzik makyung. Menora merujuk kepada watak utama, iaitu burung kinnari betina dalam cerita Jataka. Sinonim lakon jatri, manohra, manora, nora chatri. |