antisense RNA | RNA antierti | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Agen terapeutik, iaitu bebenang RNA tunggal yang mempunyai jujukan nukleotida yang komplementari dengan transkrip RNA sasaran. Penghibridan RNA antierti kepada transkrip RNA menyebabkan berlakunya perencatan sementara penghasilan protein. Perencatan protein terjadi melalui tindakan enzim yang memusnahkan gandingan RNA antierti-transkrip RNA. Mekanisme perencatan protein juga terjadi akibat penutupan tapak ikatan ribosom oleh RNA antierti pada mRNA. Contoh aplikasi RNA antierti ialah tomato Flavr Savr yang diubah suai untuk melambatkan tindakan enzim peranuman. RNA antierti juga boleh berganding dengan jujukan DNA untuk membentuk hibrid RNA-DNA. Contohnya, perencatan salinan DNA genom HIV bagi tujuan rawatan. |
cross hybridization | penghibridan silang | Biologi | Genetik | Pembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap. |
small satellite RNA | RNA satelit kecil | Biologi | Genetik | Molekul RNA kecil yang berasosiasi dengan sesetengah virus RNA tumbuhan. RNA satelit. |
annealing | penyepuhan | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Proses menggandingkan dua bebenang tunggal rantai asid nukleik menjadi DNA/DNA, RNA/RNA atau DNA/ RNA yang saling melengkapi. Penyepuhan juga sering digunakan untuk menggambarkan penggandingan semula bebenang selepas penyahaslian melalui pemanasan, seperti semasa proses tindak balas rantai polimerase (PCR). |
ribonucleic acid (RNA) | asid ribonukleik (RNA) | Fizik | Nanoteknologi | Sejenis molekul yang terdiri daripada rantaian panjang asid nukleik. Molekul RNA sama seperti molekul DNA, tetapi yang berbeza ialah RNA mengandungi ribosa sementara DNA mengandungi deoksiribosa. Kebanyakan RNA, termasuk RNA pengutus dan RNA pemindah, berfungsi sebagai perantaraan untuk memindahkan maklumat genetik yang tersimpan dalam DNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. RNA ialah nanowayar tabii. |
small cytoplasmic RNA | RNA sitoplasma kecil | Biologi | Genetik | Molekul RNA yang menyerupai RNA nukleus kecil tetapi berada dalam sitoplasma. Dalam keadaan aslinya, RNA ini didapati dalam zarah ribonukleoprotein kecil. |
RNA sequencing/RNA-Seq | penjujukan RNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk menentukan jujukan RNA dengan menggunakan penjujukan generasi hadapan (NGS). |
messenger RNA | RNA pengutus | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Molekul RNA yang terhasil daripada proses transkripsi DNA oleh RNA polimerase. Rantai polinukleotida ini membawa kod genetik yang mewakili susunan asid amino dalam protein dan berperanan sebagai templat untuk sintesis protein. |
messenger RNA | RNA pengutus | Fizik | Nanoteknologi | Bentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek. |
small nuclear RNA | RNA kecil nukleus (snRNA) | Biologi | Genetik | Spesies RNA kecil yang wujud di dalam nukleus. Sebilangannya terlibat dalam proses hiris-cantum atau tindak balas pemprosesan RNA yang lain. |