Anno Domini (AD) | Tahun Masihi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tahun yang bermula selepas kelahiran Nabi Isa. Terdapat istilah yang digunakan untuk menerangkan tahap Tahun Masihi. Contohnya, dekad, abad dan milenium. |
Anno Domini (A.D.) | Tahun Masihi (T.M.) | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
Anno Domini (A.D.) | Tahun Masihi (T.M.) | Sejarah | Tiada | Tiada |
middle ages/medieval | Zaman Pertengahan (muzik) | Muzik | Tiada | Muzik Zaman Pertengahan yang wujud antara 500 Masihi hingga tahun 1430. Lihat juga Ars antiqua, Ars nova. |
Bronze Age | Zaman Gangsa | Kesenian | Tiada | Zaman tamadun Eropah pada tahun 3500 Sebelum Masihi bila manusia menggunakan gangsa. |
Romanesque architecture | seni bina Romanesque | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang terdapat di Eropah Barat kira kira pada tahun 800-an hingga 1100-an masihi. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian. |
tower | menara | Kesenian | Seni Bina | Suatu struktur binaan yang mempunyai saiz ketinggian melebihi kelebarannya. Struktur menara yang besar dan tinggi lazimnya berperanan sebagai mercu tanda sesebuah bangunan. Antara menara tertua yang pernah dibina pada zaman awal ialah zigurat di Sumeria pada tahun 4000 sebelum masihi. |
ziggurat | zigurat | Kesenian | Seni Bina | Menara kuil dalam seni bina Sumeria dan kerajaan Babylon Assyrian yang diperbuat daripada bata lumpur. Menara ini mempunyai dinding berbentuk condong dan diperbuat daripada bata bakar. Menara ini mempunyai beberapa siri dinding condong dan pentas yang boleh dilalui melalui tangga sehingga ke puncak. Di bahagian puncaknya terdapat kuil untuk tujuan keagamaan bagi masyarakat tersebut. Zigurat dipercayai dibina sekitar tahun 300 tahun sebelum Masihi. Zigurat mempunyai bentuk seperti piramid yang bertangga. |
Batavianware | Tembikar Batavia | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tembikar yang disalut atau dihiasi dengan warna coklat kekuningan (glasier plumbum) yang terdapat dalam pelbagai warna. Tembikar ini mempunyai hiasan pada badan sama ada di bawah atau di atas lapisan glasier. Tembikar ini wujud sekitar tahun 1662 -1722 Masihi pada zaman Kangxi. Tembikar ini dikenali dengan Batavianware kerana diperdagangkan dari Batavia (Jakarta) ke pasaran Belanda. |
acropolis | akropolis | Kesenian | Seni Bina | Negara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek. |