Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Uthmaniyah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Berlin CongressKongres BerlinSains PolitikHubungan AntarabangsaKongres yang diadakan di Berlin pada tahun 1878, dihadiri oleh wakil tujuh negara, iaitu Jerman, Austria, British, Itali, Perancis, Rusia dan Empayar Uthmaniyah (Turki). Kongres ini diadakan bagi meninjau kembali syarat-syarat Perjanjian Damai San Stefano antara Rusia dengan Empayar Uthmaniyah (Turki) yang dimeterai pada tahun 1878. Perjanjian Damai San Stefano ditandatangani bagi menamatkan peperangan antara Rusia dengan Turki (1877�1878). Perjanjian ini dianggap berat sebelah dan merugikan Turki. Melalui perjanjian ini Bulgaria lahir sebagai negara baru dan pengaruh Rusia semakin meluas. Keadaan ini tidak disenangi oleh pihak British dan Austria. Ekoran perkembangan ini, Kongres Berlin dianjurkan dan dipengerusikan oleh Bismarck. Kongres Berlin membuat resolusi seperti yang berikut: i. Montenegro, Serbia dan Romania diiktiraf sebagai negara merdeka; ii. Bulgaria diletakkan di bawah pengaruh Turki; iii. Wilayah Rumelia Timur diletakkan di bawah autonomi Turki. Walau bagaimanapun, wilayah ini ditadbir oleh
Arab-Israeli conflictkonflik Arab-IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti

Kembali ke atas