active permafrost | ibun abadi aktif | Geologi | Tiada | Ibun abadi yang berupaya kembali kepada keadaan beku saka di bawah keadaan iklim kini selepas menjadi cair oleh proses semula jadi atau buatan. |
permafrost table | muka ibun abadi | Geologi | Tiada | Batas atas ibun abadi, diwakili oleh permukaan tak sekata yang bergantung pada faktor-faktor setempat. |
continuous permafrost zone | zon ibun abadi selanjar | Geologi | Tiada | Zon ibun abadi yang tak tersampuk oleh poket atau tompok tanah tak beku. |
conservative force | daya abadi | Mekanik | Gunaan | Daya yang tabiatnya hanya bergantung kedudukan jasad yang ditindaknya, dan tidak pada halaju dan pecutan jasad itu. Kerja yang dilakukan oleh daya abadi untuk menggerakkan jasad berkenaan dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain tak bersandar pada laluan yang diikuti tetapi hanya pada kedudukan mula dan kedudukan akhir jasad itu. Daya abadi yang kerap ditemui dalam ilmu mekanik ialah berat sesuatu jasad dan daya pegas kenyal. |
subpermafrost water | air bawah ibun abadi | Hidrogeologi | Tiada | Air tanah yang terdapat di bawah ibun abadi. Ruj.: Cederstrom, Johnston, Subitzky 1953 |
supraperma-frost water | air atas ibun abadi | Hidrogeologi | Tiada | Air tanah yang terdapat di atas ibun abadi. Ruj.: Cederstrom, Johnston, Subitzky 1953 |
intrapermafrost water | air intraibun abadi | Geografi | Tiada | Air tanah yang terdapat dalam lapisan tak beku, atau urat dalam ibun abadi. |
eternal covenant | zimmah abadi | Sejarah | Tiada | Permuafakatan atau persetujuan untuk bersama-sama sama ada waktu senang atau susah untuk selama-lamanya atau abadi. |
intrapermafrost water | air dalam ibun abadi | Hidrogeologi | Tiada | Air tanah yang terdapat dalam lapisan tak beku, kanta atau urat dalam ibun abadi. |
frost line | garis ibun | Geologi | Tiada | 1. Kedalaman maksimum tanah beku di kawasan yang tidak terdapat ibun abadi.,2. Had dasar ibun abadi.,3. Had altitud yang bawah darinya tidak pernah terdapat ibun. |