two-throw crank | engkol dua lemparan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Aci dua engkol yang disusun bersudut tepat di antara kedua-dua engkol tersebut. Aci ini biasanya digunakan dalam enjin seperti enjin silinder susunan V. |
pulley | takal | Kejuruteraan | Tiada | Roda yang mempunyai rim yang rata, bulat atau beralur, yang berputar pada aci sambil menyokong tali sawat rata, tali sawat V, tali atau rantai, untuk menghantar gerakan dan tenaga. |
fan belt | tali sawat kipas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali atau set tali yang menghubungkan takal aci engkol dengan kipas enjin, pam air dan pengulang-alik serta peralatan aksesori lain seperti pemampat untuk sistem penyamanan udara kenderaan. Tali ini boleh didapati dalam bentuk V atau jenis polialur rata yang boleh lentur. Semasa enjin beroperasi, ketegangannya dikawal oleh penegang tali sawat untuk mengelakkan tali sawat supaya tidak tergelincir dari alur takal. |
drive belt | tali sawat pacuan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tali sawat yang fleksibel dan digunakan untuk menyambung- kan sebuah takal pada aci engkol sebagai pemacu kepada takal pam bahan pendingin dan takal aksesori. Terdapat dua jenis tali sawat asas, iaitu jenis polialur dan jenis V. |