back list | senarai cetak terus | Perpustakaan | Tiada | Judul yang masih ada lagi dalam cetakan penerbit. |
final strength | kekuatan akhir | Kejuruteraan | Petroleum | Kekuatan simen pada masa tertentu yang jika dibiarkan akan terus berada pada keadaan tekanan dan suhu yang sama, dan tidak ada lagi peningkatan kekuatan terjadi. Nilai kekuatan akhir ini biasanya diuji untuk keadaan suhu dan tekanan tertentu. |
end load | caj belakang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu pelaburan yang mengenakan caj komisen berasaskan nilai penebusan bukan atas harga belian. Biasanya amaun komisen berkurangan setiap tahun pada kadar tertentu sehingga tidak ada lagi caj yang boleh dikenakan. |
back-end load | caj belakang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Satu pelaburan yang mengenakan caj komisen berasaskan nilai penebusan bukan atas harga belian. Biasanya amaun komisen berkurangan setiap tahun pada kadar tertentu sehingga tidak ada lagi caj yang boleh dikenakan. |
despotism | despotisme | Biologi | Ekologi | Sejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain. |
eunuchoid | kembiri | Perubatan | Tiada | Tidak ada sifat kejantanan lagi atau dihilangkan sifat kejantanan pada manusia atau binatang. |
cosmetic change | pengubahsuaian kosmetik | Kesenian | Tiada | Pengubahsuaian sesuatu barangan untuk memperindahkan lagi rupanya yang sedia ada. |
universal joint | sambungan universal/sambungan semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat penyambung yang menyambungkan hujung dengan hujung dua batang aci supaya satu bahagian dapat memutar aci yang satu lagi sama ada paksi kedua-dua aci tersebut segaris atau bersudut. Alat ini digunakan untuk membolehkan kuasa dihantar dari enjin ke gandar walaupun kedudukan kedua-duanya tidak sejajar. |
wildcat | telaga liar; liar | Geologi | Tiada | Telaga yang digerudi di kawasan yang baru, iaitu kawasan yang belum lagi diketahui sama ada mengandungi minyak atau tidak. |
addition of pawn item | penambahan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penokokan barang gadaian baharu sebagai tambahan terhadap barang gadaian sedia ada. Tujuan penokokan ini dilakukan adalah untuk mengukuhkan lagi nilai cagaran yang sedia ada. Contohnya, penggadai menggadaikan sepasang anting-anting emas sebagai cagaran asal kepada hutangnya dan kemudian menambah lagi seutas rantai emas untuk menguatkan cagaran yang asal tadi. Penambahan barang gadaian biasanya dibuat atas permintaan pegadai kerana dikhuatiri berlaku susut nilai barang gadaian asal. |