Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidiuretic hormone (ADH)hormon antidiuresis (ADH)PerubatanTiadaHormon peptida yang dihasilkan daripada kelenjar pituitari posterior dan bertindak pada tubul pengumpul ginjal untuk mengurangkan isi padu urin dengan meningkatkan penyerapan semula air. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan penyakit diabetes insipidus. Hormon ini juga mempunyai kesan pengecutan salur darah dan sebagai perantara bagi perembesan faktor pembekuan darah VIIIc dan von Willebrand. Penghasilan hormon antidiuresis yang berlebihan akan menyebabkan masalah sindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH). Sinonim vasopresin.
antidiuretic hormone (ADH)hormon antidiuresis (ADH)VeterinarPraklinikalHormon peptida yang dirembeskan oleh nukleus supraoptik di hipotalamus dan disimpan dalam pituitari posterior. Hormon ini mempunyai kesan khusus ke atas sel epitelium tubul distal ginjal; iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut. Penyerapan semula air ini mengurangkan kehilangan air secara berlebihan daripada tubuh. Hormon ini juga merangsang pengkontraksian kapilari dan arteriol yang menyebabkan tekanan darah meningkat.
antidiuretic hormone(ADH)hormon antidiuresisPerubatanTiadaHormon peptida yang dirembeskan oleh nukleus supraoptik di hipotalamus dan disimpan di dalam pituitari posterior. Hormon ini mempunyai kesan khusus ke atas sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsangkan sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut; penyerapan semula air ini mengurangkan kehilangan air secara berlebihan dari tubuh. Hormon ini juga merangsangkan pengkontraksian kapilari dan arteriol dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Sin: vasopresin
antidiuretic hormone (ADH)hormon antidiuresisBioteknologiTiadaHormon yang mengawal atur penyerapan semula air oleh tubul ginjal.
syndrome of inappropriate antidiuretic hormone secretionsindrom penghasilan hormon antidiuresis tak sepatutnya (SIADH)PerubatanTiadaKumpulan gejala yang disebabkan oleh penghasilan hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Keadaan ini merupakan komplikasi penyakit tertentu seperti meningitis, pneumonia dan kecederaan kepala. Ciri-cirinya ialah sembab, tekanan darah yang tinggi, osmolaliti serum rendah, osmolaliti urin yang tinggi serta pengeluaran urin yang sedikit dan pekat. Kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan pemberian cecair kepada pesakit di samping merawat penyakit yang menyebabkannya.

Kembali ke atas