aphrodisiac | afrodisiak | Perubatan | Tiada | Drug yang merangsang nafsu seks dan keupayaan untuk melakukan hubungan seks. |
aphrodisiac | afrodisiak | Perubatan | Tiada | Ubat atau agen yang dapat membangkitkan nafsu seks atau libido. |
aphrodisiac | afrodisiak | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merangsang atau meningkatkan naluri seks. 2. Agen yang digunakan untuk meningkatkan keinginan seks dan meningkatkan kebolehan melakukan hubungan seksual.Agen ini boleh terdiri daripada bahan makanan seperti akar gingseng, minuman beralkohol dan penggunaan drug tertentu seperti yohimbina, kanabis, sildenafil dan levodopa. |
aphrodisiac fungus | kulat afrodisiak | Biologi | Mikologi | Kulat Elaphomyes cernivus (E.granulatus) yang digunakan sebagai bahan perangsang seks, terutamanya oleh orang Eropah sejak abad pertengahan. |
cantharidin poisoning | keracunan kantaridin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada kantaridin, iaitu bahan aktif dalam lalat Spanish (Cantharis vesicatoria), yang digunakan sebagai afrodisiak, dan perengsa kulit untuk menanggalkan ketuat. Tanda utama keracunan ialah muntah dan pengsan. Dos maut adalah serendah 10 mg. Keracunan akut dan kronik akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit atau membran mukus menyebabkan kerengsaan teruk pada kulit atau membran mukus dengan pembentukan bula, sakit abdomen, loya, cirit-birit, muntah darah, tekanan darah turun mendadak, hematuria, uremia, koma, dan mati disebabkan sukar bernafas. Penemuan makmal menunjukkan berlakunya hematuria, eritrositosis, leukositosis, dan hemoglobinemia. Penemuan patologi ialah nekrosis esofagus dan gastrik mukosa serta kesesakan teramat pada saluran genitourinari, dengan darah dalam seluruh ginjal, ureter, dan pundi kencing. Perdarahan rahim juga ditemui. |
cantharide | Cantharide | Perubatan | Tiada | 2. Cantharide: Bahan perangsang atau pelesa diuretik dan urogenital yang dibuat daripada badan kering sejenis serangga famili Meloidae, dan dianggap sebagai afrodisiak. |
Smilax myosotifolia | Ubi jaga | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis melilit menggunakan sulur paut dalam famili Smilacaceae. Tumbuhan ini hidup di hutan dan belukar yang separa terlindung. Batangnya kecil dan keras, daunnya keras dengan urat daun selari. Batang dalam tanah menghasilkan ubi. Akar pada ubi keras seperti dawai. Ubi digunakan sebagai afrodisiak oleh kaum lelaki, melancarkan perjalanan darah dan membaiki organ pembiakan. |
Janggut adam, Ubi seratus | Stemona tuberosa | Pertanian | Tiada | Tumbuhan menjalar dan melilit dalam famili Stemonaceae juga dikenali sebagai ubi seratus. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan belukar. Daunnya berbentuk hati dan uratnya selari. Bunganya berbentuk corong berwarna ungu dan buah berbentuk bujur. Akar yang telah dikeringkan digunakan sebagai herba campuran untuk afrodisiak di kalangan kaum lelaki. |
Prismatomeris malayana | Tongkat haji samad | Pertanian | Tiada | Tumbuhan renek dalam famili Rubiaceae yang tumbuh semula jadi dalam hutan. Tumbuhan ini mempunyai batang bersegi empat yang keras, daunnya tersusun bertentangan, buahnya bersaiz kecil yang keluar di dahan. Akarnya berwarna merah. Akar yang telah dikeringkan dimakan mentah bersama pinang dan sireh. Air rebusan diminum untuk afrodisiak dan penyakit radang. |
Stemona tuberosa | janggut adam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan menjalar dan melilit dalam famili Stemonaceae yang dikenali juga sebagai ubi seratus. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di kawasan belukar. Daunnya berbentuk hati dan uratnya selari. Bunganya berbentuk corong dan berwarna ungu serta buahnya berbentuk bujur. Akarnya yang telah dikeringkan digunakan sebagai herba campuran untuk afrodisiak dalam kalangan kaum lelaki. |