Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli sains


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Scientific Working Group on DNA Analysis MethodsKumpulan Kerja Saintifik bagi Kaedah Analisis DNASains ForensikTiadaKumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli sains forensik DNA Amerika Syarikat dan Kanada yang menjalankan kerja-kerja saintifik dalam kaedah menganalisis DNA. Sebelum ini, kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan kerja Teknikal bagi Kaedah Analisis DNA (TWGDAM). Kumpulan kerja ini mengeluarkan garis panduan dan hasil penyelidikan yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi menjalankan pengujian forensik DNA. Singkatan SWGDAM.
rutherfordium (Rf-Ku)rutherfordium (Rf-Ku)FizikAtom dan NuklearUnsur kimia yang mempunyai nombor atom 104 dan ditemui oleh sekumpulan ahli sains Rusia pada tahun 1964 dan dinamakan kurchatovium. Ahli sains daripada University California Berkeley telah berjaya mengasingkan unsur tersebut selepas pemancaran Cf-249 dengan C-12, dan dikenali sebagai rutherfordium sempena Ernest Rutherford.
American Board of CriminalisticsLembaga Ahli Sains Kriminalistik Amerika SyarikatSains ForensikTiadaSebuah pertubuhan serantau dan kebangsaan yang diwakili oleh ahli-ahli dalam bidang sains forensik. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk membentuk pengetahuan, kemahiran dan kebolehan peringkat profesional dalam bidang berkenaan. Antara ahlinya ialah Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika (ASCLD). Pertubuhan ini menawarkan program pensijilan kepakaran bagi saintis forensik termasuk bidang DNA forensik. Singkatan ABC.
information scientistahli sains maklumatPerpustakaanTiadaTiada
animal scientistahli sains penternakanPertanianTiadaTiada
epiphytoticepifitotikBiologiPatologiIstilah yang telah usang ini banyak digunakan terutamanya oleh ahli sains di Amerika yang menganggap bahawa epidemiologi ialah istilah untuk penyakit manusia sahaja, atau, sekurang-kurangnya ia tidak mengkhusus pada penyakit tumbuhan. Walau bagaimanapun, di Malaysia dicadangkan penggunaan istilah epidemiologi sahaja.
Koch postulatepostulat KochBiologiPatologiPostulat yang diberi nama, berdasarkan nama seorang ahli sains Jerman pada tahun 1883, iaitu Koch, yang menyarankan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan kepatogenan sesuatu organisma, iaitu: 1. Organisma yang diduga sebagai penyebab penyakit mestilah sentiasa berada pada kawasan yang menunjukkan gejala penyakit. 2. Organisma tersebut boleh dipencil dan ditumbuhkan sebagai kultur tulen di dalam medium buatan. 3. Apabila organisma tersebut diinokulasi pada perumah sihat maka ia boleh menyebabkan gejala yang serupa dengan gejala tempat organisma tersebut dipencilkan sebelumnya. 4. Organisma yang sama, boleh dipencilkan semula daripada bahagian yang sakit, hasil inokulasi buatan tadi. Bahagian yang ke-4 ini telah ditambah oleh E.F.Smith pada tahun 1905.
geophysicistahli geofizikGeologiTiadaAhli sains atau orang profesional yang terlibat dalam kajian tentang fenomena fizikal yang berhubung dengan struktur, keadaan fizikal, dan sejarah evolusi bumi secara keseluruhan.
volcanologistahli volkanologiGeologiTiadaAhli sains atau orang profesional yang terlibat dalam kajian tentang volkanologi.
geologistahli geologiGeologiTiadaAhli sains atau profesional yang terlibat dalam kajian tentang bumi, terutamanya mengenai batu-batan yang terdapat di dalam kerak bumi, kandungan mineral atau bijihnya serta proses-proses luaran dan dalaman yang berlaku pada bumi.
12345678910...

Kembali ke atas