carbon dioxide | karbon dioksida | Kimia | Tiada | Gas, formula CO2, tidak berwarna, tidak berbau, memejalwap pada suhu –78oC pada tekanan atmosfera dan larut campur sedikit di dalam air lalu menghasilkan asid karbonik. Karbon dioksida terdapat sebanyak 1.03% di dalam atmosfera. Sebatian ini disediakan secara pembakaran bahan berkabon seperti arang batu, gas asli, dan hidrokarbon. Gas ini juga disediakan secara tindak balas asid mineral terhadap karbonat. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol, dan sebagai bahan penyejuk beku. |
benzene | benzena | Kimia | Tiada | Sebatian hidrokarbon aromatik, formula C6H6, takat beku 5.5oC, takat didih 80.1oC, berbentuk cecair, tidak berwarna, mempunyai bau cirian, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Bensena terdapat semula jadi di dalam tar arang batu. Sebatian ini dapat diperoleh daripada pertoleum secara penyulingan berperingkat. Benzena digunakan sebagai pelarut organik, racun serangga dan untuk sintesis sebatian organik lain, seperti stirena, fenol dan anilina. |