Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tasik (kata nama)
Bersinonim dengan danau, situ, danu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epilimnionepilimniHidrologiTiadaLapisan-atas air tasik yang bergolak dan cetek, serta tidak mempunyai suatu stratifikasi terma tetap. Letaknya lapisan ini atas dari termoklin.
overturnpembalikanHidrologiTiadaPenyusunan semula jisim air tasik yang berlapis mengikut suhu. Pembalikan terjadi semasa penyejukan pada musim gugur.
heat budgetjatah habaGeologiTiadaBanyaknya haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu air tasik dari suhu musim sejuk minimumnya ke suhu musim panas maksimumnya.
oligotrophicoligotrofikPerikananTiadaBerkaitan dengan keadaan air tasik atau kolam yang mempunyai biojisim rendah disebabkan oleh kekurangan kandungan nutrien. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan fitoplankton sedikit dan daya pengeluaran utama rendah. Tebing tasik atau kolam ini biasanya berbatu-batan, curam, dalam serta jernih. Keadaan ini membolehkan hanya tumbuhan akuatik yang berakar sahaja tumbuh.
spring turnoverpusing balik musim bungaKejuruteraanTiadaPencampuran lengkap air tasik dari atas ke bawah yang berlaku pada musim bunga apabila semua bahagian air dalam tasik berada pada suhu dan ketumpatan yang sama.
mesotrophicmesotrofikPerikananTiadaBerkaitan dengan klasifikasi air tasik atau kolam yang mempunyai jumlah nutrien dan oksigen yang sederhana. Pada tahap ini, keadaan air adalah jernih dan mempunyai banyak tumbuhan akuatik di bahagian dasar. Klasifikasi ini terletak antara oligotrofik dan eutrofik. Lihat juga eutrofik, oligotrofik.
fall turnoverpusing balik musim luruhKejuruteraanTiadaPencampuran lengkap air tasik yang berlaku dalam musim luruh kerana suhu dan ketumpatan air adalah seragam dari atas ke bawah.
fall overturnpusing balik musim luruhKejuruteraanTiadaPencampuran lengkap air tasik yang berlaku dalam musim luruh kerana suhu dan ketumpatan air adalah seragam dari atas ke bawah.
sintersinterGeologiTiadaBatuan endapan kimia yang termendap sebagai kerak yang keras di atas batuan melalui pemendakan dari air mineral, mata air, tasik, atau sungai yang panas atau sejuk.
oligotrophicoligotrofikBiologiEkologiBerkaitan dengan tasik atau kolam yang rendah paya pengeluarannya, tetapi mempunyai oksigen pada semua kedalaman. Tasik jenis ini mengandungi zat makanan tumbuhan, mineral, dan sebilangan kecil organisma. Lazimnya air tasik oligotrofik sangat jernih.
12345678910...

Kembali ke atas