acidity constant | pemalar keasidan | Kimia | Tiada | Pemalar keseimbangan, Ka, bagi tindak balas pengionan asid. Misalnya, bagi tindak balas pengionan, HCN(ak) ⇌ H+(ak) + CN‒ (ak), pemalar keasidannya ialah, (Sila rujuk di m/s 133) Unit pemalar keasidan ialah mol dm‒3. Sin. pemalar penceraian. |
unit vektor | vektor unit | Fizik | Mekanik | Vektor bermagnitud satu unit, yang digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu kuantiti vektor. Sebagai contoh, vektor a ditulis sebagai ak. (k = vektor unit, a = magnitud vektor). |
depressant | depresan | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan mengurangkan fungsi atau aktiviti sistem dalam tubuh. 2. Agen yang merencatkan fungsi suatu sistem tubuh. Contoh agen ini ialah barbiturat yang bertind.ak sebagai depresan pada sistem saraf pusat. |
congak | congak | Muzik | Tiada | Muzik golongan kelas atasan di Korea yang dimainkan semasa upacara keagamaan, hiburan alau ketenteraan. Chongak dikenali juga sebagai aak yang bermaksud anggun dan chong bermaksud betul. Lihat juga oak. |