musyarakah mutanaqisah financing | pembiayaan musyarakah mutanaqisah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan dua akad, iaitu akad musyarakah dan akad ijarah. Dalam akad musyarakah, pembiaya dan pelanggan berkongsi menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Contohnya, pembiaya dan pelanggan berkongsi membeli satu aset pada kadar 80% dan 20%. Aset tersebut merupakan milikan perkongsian antara pembiaya dengan pelanggan. Dalam kontrak ijarah pula, perkongsian tersebut menyewakan aset kepada pelanggan dan hasil sewanya dibahagi mengikut kadar syer. Namun demikian, pelanggan tidak mengambil hasil sewa bahagiannya sebaliknya digunakan untuk membeli syer pembiaya secara ansuran. Pelanggan juga boleh membuat bayaran tambahan untuk mempercepat proses pemilikan syer. Pada akhir perkongsian semua milikan akan berpindah kepada pelanggan. |
aqd tamlik | akad memberi milik | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak untuk memiliki harta. Sekiranya akad dilakukan dengan bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad mu‘awadah. Contohnya, jual beli, sewaan atau tukaran wang. Sekiranya akad dilakukan tanpa bayaran atau melibatkan pertukaran, akad ini dinamakan akad tabaruk. |
aqd tawthiq | akad bertulis | Perniagaan Islam | Tiada | Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. Contohnya, akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
aqd musammā | akad bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang telah ditetapkan hukum oleh syarak berdasarkan nama akad. Contohnya, akad jual beli yang terangkum di dalamnya hukum jual beli atau akad sewa yang terangkum di dalamnya hukum sewaan. |
‘aqd ghair musamma | akad tak bernama | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang tidak ditetapkan dengan nama tertentu atau hukum yang berkaitan dengannya oleh syarak. Akad ini diwujudkan berdasarkan keperluan dan perkembangan masyarakat. Contohnya, akad tempahan, akad bai jual janji dan akad kontrak pembekalan. |
contract of safe custody | akad penjagaan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang melibatkan penjagaan keselamatan harta oleh institusi kewangan terhadap harta yang diamanahkan oleh pemiliknya. Akad ini juga membolehkan institusi kewangan menjalankan fungsinya sebagai ejen penjaga harga. Contoh akad penjagaan ialah akad wadi‘ah. Akad ini dikenali juga sebagai akad simpanan. |
deferred sale | bai‘ salam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam. |
‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |
aqd ‘ain | akad barang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang memerlukan penyerahan produk ketika akad. Contohnya, dalam akad hibah, penerima akan menerima produk daripada pemiliknya. Akad ini juga boleh berlaku dalam pinjaman produk, simpanan, gadaian dan hutang. |
‘aqd hifz | akad penjagaan/akad pengawasan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad antara dua pihak, iaitu antara penjaga dengan pemilik harta supaya penjaga dapat memastikan keselamatan harta kepunyaan pemilik sama ada berbayar atau tidak. Contohnya, pemilik menyimpan barang kemas di bank, maka bank bertanggungjawab menjaga keselamatan barang kemas tersebut. |