sugar free energy drink | minuman tenaga bebas gula | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Minuman yang tidak memberikan tenaga kepada badan dari segi kalori, akan tetapi merangsang badan untuk membakar tenaga. |
hurricane wave | gelombang hurikan | Sains | Hidrometeorologi | enaikan tiba-tiba aras aut yang berkaitan dengan hurikan, sebagaimana yang dialami di pulau dan sepanjang pesisir. Di kawasan latitud rendah, gelombang hurikan nampaknya terjadi berhampiran pusat ribut. Akan tetapi apabila hurikan bergerak kekawasan latitud tinggi, gelombang maksimum nampaknya semakin lebih berkaitan dengan separa bulatan yang bahaya sahaja. |
typhoon wave | gelombang taufan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kenaikan tiba-tiba aras laut yang berkaitan dengan taufan, sebagaimana yang dialami di pulau dan sepanjang pesisiran pantai. Di kawasan latitud rendah, gelombang taufan terjadi berhampiran pusat ribut. Akan tetapi apabila taufan bergerak ke kawasan latitud tinggi, gelombang maksimum lebih dikaitkan dengan separa bulatan bahaya sahaja. |
cpnduit wiring | pendawaian pembuluh | Teknik | Elektrik | Sistem pendawaian elektrik yang menggunakan pembuluh, sama ada pembuluh tegar atau boleh lentur. Pendawaian jenis ini dapat memberi perlindungan mekanik kepada dawai, tahan perubahan cuaca atau suhu, mengurangkan bahaya kebakaran, dan kabelnya mudah ditukar ganti. Akan tetapi, pendawaian pembuluh sukar untuk disiapkan, belanja pemasangannya tinggi dan memerlukan pekerja mahir, serta tidak kemas. |
thermoplastic elastomer | termoplastik elastomer | Kejuruteraan | Polimer | Sing. TPE. Termoplastik yang bersifat seperti elastomer, iaitu bahan yang sangat bingkas dan boleh diregang sehingga dua kali ganda kepanjangannya berulang kali, dan kembali dengan cepat kepada kepanjangan asal selepas tegasan dibebaskan. Akan tetapi, ia juga bersifat termoplastik, iaitu ia tidak perlu diawet atau divulkankan. Oleh itu, termoplastik elastomer ialah bahan yang bersifat liat dan bingkas seperti getah, tetapi boleh diproses dengan mudah seperti termoplastik yang lain. |
enantiomer | enantiomer | Kejuruteraan | Polimer | Merujuk kepada molekul tak simetri yang mempunyai sepasang isomer yang berbayang cermin antara satu sama lain. isomer-isomer ini diberikan kata awalan dekstro dan levo, misalnya asid I-laktik dan asid d-laktik. Kedua-dua isomer ini mempunyai ciri fizikal yang sama, akan tetapi campuran 50-50 asid dl-laktik lebur pada suhu 20oC lebih rendah daripada enantiomer tulen. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |
effective terrestrial radiation | sinaran bumi efektif | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera. Perbezaan ini merupakan kuantiti positif yang bernilai beberapa perpuluhan langley (satu gram-kalori per sentimeter persegi) per minit pada keseluruhan hari (kecuali dalam keadaan awan mendung rendah). Maksimum harian biasanya terdapat pada waktu tengah hari apabila suhu tanih tinggi dan mengakibatkan kadar keluaran sinaran bumi yang tinggi. (Oleh itu, sinonimnya sinaran malam mudah menimbulkan kekeliruan). Akan tetapi, pada waktu siang, sinaran bumi efektif umumnya jauh berkurangan daripada penyuriaan manakala pada waktu malam, sinaran bumi efektif jauh lebih banyak daripada yang lain dalam imbangan tenaga permukaan bumi. Istilah ini juga dikenali sebagai sinaran malam atau sinaran efektif. |
Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |